Powered By Blogger

Sunday, 19 February 2012

Apa beza kssr dengan kbsr?


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:
·         Komunikasi
·         Manusia dan alam sekeliling
·         Perkembang diri Individu
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:
·         Komunikasi
·         Kerohanian, sikap dan nilai
·         Kemanusiaan,
·         Perkembangan fizikal dan estetika
·         Sains dan teknologi
·         Ketrampilan diri
Bahan kurikulum:
·         Sukataan pelajaran
Bahan Kurikulum:
·         Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:
·         Linear
Reka bentuk kurikulum:
·         Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
·         Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
·         Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan

Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
·         Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan    modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
·         Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)
Fokus:
4M (Membaca, menulis dan menaakul)

Saturday, 11 February 2012

Apakah perbezaan kaedah, teknik dan pendekatan?


PERBEZAAN KONSEP ANTARA STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibezabezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,
sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta member kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "body expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti
soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang
sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajaran disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang
memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau SR maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sumber yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan
kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya?
Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk
memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.


Wednesday, 8 February 2012

Teori Pembelajaran


Teori dan Model
Pengajaran & PembelajaranKonsep Teori
“ Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar 
pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan
“ Teori juga merupakan satu rumusan daripada 
pengetahuan sedia ada yang memberi panduan 
untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan 
maklumat baru
“ Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini 
boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang 
utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanisTeori Behaviorisme
“ Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov 
dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, 
berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan 
dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran 
mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga 
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti 
anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka 
menumpukan ujian kepada perhubungan antara 
‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan 
perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris 
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan 
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar 
sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan 
bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal 
dan diramal.Teori Kognitif
“ Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran 
ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal 
fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung 
daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti 
Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai 
jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah 
dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan 
kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka 
adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti 
pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, 
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia 
memiliki struktur kognitif, dan semasa proses 
pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di 
dalam ingatan. Teori Sosial
“ Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran 
dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama 
dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai 
Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh 
mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses 
pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih 
berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. 
Beliau menjelaskan lagi  bahawa aspek pemerhatian 
pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan 
oleh guru dan  juga aspek peniruan oleh pelajar akan 
dapat memberikan kesan yang optimum kepada 
kefahaman pelajar. Teori Humanisme
“ Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia 
bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli 
mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap 
individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan 
individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah 
dirancang dan disusun mengikut  kehendak dan 
perkembangan emosi pelajar itu.  Beliau juga menjelaskan 
bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan 
untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru 
hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi 
bimbingan supaya potensi mereka dapat 
diperkembangkan ke tahap optimum. Model Robert Glazer
“ Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan
membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen
utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, 
kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan
maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif
pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia
ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih
berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala
proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, 
agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. 
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina
berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang 
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, 
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Model Sim
“ Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses 
pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara 
beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga  
objektif.   Model  ini   dibina  berlandaskan  konsep  pengajaran  
sebagai   bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan
murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu
persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran
harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan muridmurid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser 
ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara
guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat
dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 
Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur
persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai
dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar. 
Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, 
interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan
persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya, 
keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap
optimum.Model Taba
“ Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahanbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat 
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan 
dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang 
pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran 
atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 
empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta 
dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, 
menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan 
memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau 
kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori 
itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, 
dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang 
pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, 
konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan
kaedah pengajaran  yang sesuai. Model Latihan Terus
“ Model Arahan Terus pula merupakan satu model 
pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar
mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang 
boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini
juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model 
Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk
merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan
berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan
sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga
berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran
langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek
pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh 
guru sebelum pelajar melakukannya semula.Model Inkuiri
“ Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau
daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, 
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,  manjalankan
kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri
terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan
guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. 
Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah
rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak
diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. 
Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai
bidang khususnya bidang pendidikan.-Menggunakan set induksi yang menarik
- Menggunakan pengalaman pelajar untuk
mengaitkannya dengan pelajaran baru
- Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
dengan soalan mencabar
-Mewujudkan semangat bersaing
2. Mewujudkan
motivasi
- Merancang isi pelajaran mengikut
kebolehan pelajar serta susunan yang 
sesuai
- Menyediakan alat bantu mengajar
- Mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif
1. Mewujudkan
kesediaan belajar
Proses Aktiviti P & P
Pembelajaran
Contoh Proses Pembelajaran dan Aktiviti P & P- Menyampaikan pelajaran dari konkrit
kepada abstrak.
-Memberikan nota penting pada akhir
pelajaran.
- Mengilustrasi hubungan fakta dalam
carta
- Mementingkan kefahaman daripada
hafalan
4. Mengekalkan
ingatan dan
mengelakkan
lupaan
- Menggunakan alat pandang dengar untuk
meningkatkan pengamatan pelajar
- menggunakan ilustrasi dan demonstrasi
yang jelas untuk pelajar mencontohinya
- Menggunakan pengalaman pelajar, teknik
generalisasi, contoh-contoh, bahan dan
situasi yang kjonkrit untuk meningkatkan
penanggapan dan kaedah inkuiri-penemuan
3. Meningkatkan
pengamatan dan
penanggapan
Proses Aktiviti P & P
Pembelajaran- Memastikan pelajar menguasai
kemahiran dan memperoleh fakta
dengan tepat dengan ujian ringkas
- Memberi peluang kepada pelajar
mengaplikasikan apa yang dipelajari
- Mempelbagai banyak aktiviti latihan
- Memberi aktiviti pengayaan
5. Membantu
pemindahan
pembelajaran
- Mempelbagai dan memperbanyakkan
aktiviti latihan
- Memberi aktiviti pengukuhan dan
pengayaan
- Memberi ujian dari masa ke semasa
Proses Aktiviti P & P
Pembelajaran- Menjalankan aktiviti kumpulan untuk
memupuk sikap seperti kerjasama, tolong
menolong, hormat, toleransi dsb.
- Menonjolkan aktiviti budaya sekolah seperti
menyanyi lagu patriotik, kempen kebersihan, 
program Minggu Agama dsb
- Menegaskan nilai dlm sesi p & p
- Galakkan pelajar sertai ko kurikulum
7. Memupuk nilai
dan sikap
- Menggunakan teknik menyoal untuk
menggalakkan pelajar berfikir
- Mengadakan aktiviti perbincangan
termasuk sumbangsaran, forum dsb.
- Menggunakan teknik penyelesaian
masalah dalam situasi yang sebenar
- Menggunakan soalan bercapah untuk
membimbing pelajar befikir secara analitik, 
kritik dan rasional
6. Menyebatikan
Kemahiran
Berfikir
Proses Aktiviti P & P
Pembelajaran

Monday, 6 February 2012

7 Nilai Murni Disiplin Kerja Guru


1. Amanah
Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Jesteru itu, ia mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai. Seorang pendidik mempunyai sikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ia menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Seorang guru juga hendaklah berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yang membolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifat amanah yang amat dituntut.
2. Benar
Seseorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas serta benar. Ia mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakap benar dan menepati janji. Ia seharusnya bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. Seorang guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan. Ia boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.
3. Bijaksana
Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Ia haruslah menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalismenya. Ia juga mestilah mempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi.
4. Bersyukur
Guru hendaklah mempunyai perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterimanya. Jesteru itu, ia hendaklah menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. Ia mestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah. Seorang guru mempunyai sifat yang tenang dalam menghadapi masalah serta redha menerima ketetapan, kegagalan dalam ujian serta tidak boleh berputus asa. Ia seharusnya berpuas hati dengan nikmat yang diperolehinya seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.
5. Dedikasi
Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Maka, ia seharusnya bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah. Seseorang guru sanggup berkorban demi kepentingan perkhidmatan, tekun, rajin dan bersikap positif dalam melaksanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. Ia mestilah seorang yang sabar bertanggungjawab, teliti, ceria, tidak cuai atau merungut dalam menjalankan tugas. Guru hendaklah cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.
6. Ikhlas
Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Menerima tugas dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab. Ia menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Seorang guru dapat memberi layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ia haruslah bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Seorang guru juga seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan diri.
7. Penyayang
Seorang guru mestilah berperasaan dan berpelakuan memahami, menghargai dan mengambil berat terhadap pelanggan. Ia mempunyai sifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri. Guru seharusnya menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk. Ia bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s. a. w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r. a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”